sharing is caring

Saturday, June 28, 2014

UPDATE!

Lamanya tak update kan..
Sy selamat mendirikan rumahtangga pada 20mei2012. Pada 26feb2013 pula sy selamat melahirkan bayi lelaki secara normal. Pengalaman melahirkan bayi sangatlah seronok. Alhamdulillah dipermudahkan. Hari due tu, keluar darah ngam2 sebelum mkn mlm. Sy teruskan mkn smpai kenyang. Pastu blk rumah dan mandi. Kira2 pukul 8 mlm baru pg hospital ampang dan register masuk wad. Pukul 5.30 pagi dh masuk labour room dan pukul 5.59 pagi, lahirlah seorang bayi lelaki yg dinamakan Ahmad Hanif. Rasa seronok tak perlu lama2 dlm labour room.. Cuma rasa terkilan. Sy selesai melahirkan bayi jam 5.59 pagi. Selesai dijahit jam 6.15 pagi. Kemudian sy dibiarkan begitu sahaja hingga jam 8 pagi, hingga petugas disitu bertukar shif. Shif seterusnya terkejut melihat sy belum ditolak masuk wad, masih terbaring di labour room walaupun semua dah selesai. Berkali2 mereka minta maaf atas kekhilafan teman setugas mereka yg bekerja shif malam. Memang sy terkilan. Tapi melihat anak saya sihat dan normal, semua tu dah tak penting lagi. Serik bersalin di hospital ampang? Entahlah. Mungkin nasib tak menyebelahi sy. Kini anak sy berusia setahun 5 bulan. Dah pandai berlari tapi belum pandai bercakap..

1 comment: