sharing is caring

Monday, June 30, 2014

ANAK LAMBAT BERJALAN?

Assalamualaikum..
Anak saya baru berusia setahun 5 bulan. Mula pandai berjalan pada usia setahun 3 bulan. Agak lewat berbanding rakan sebayanya. Tapi jangan risau jika anak lambat berjalan. Sebab bila dia pandai aje berjalan, takde tatih-tatih dah. Terus laju berlari. Penat nak mengejarnya. Sy tak tahu la kalau ada petua utk anak cepat jalan. Ada org siap suruh bawa anak pegi berurut kat tapak kaki. Kononnya lepas berurut, gerenti boleh jalan. Tapi sy tak percaya. Bagi sy, biarlah proses pembesaran anak berjalan dengan sendiri, jangan dipaksa-paksa. Begitu juga dengan gigi. Ada ibu yang risau anak 8bulan belum ada gigi sedangkan anak kawannya 6bulan dah tumbuh gigi. Pada sy la, setiap orang akan lalui proses pembesaran yang berbeza. Ada yang cepat, ada yang lambat. Macam remaja perempuan yang period. Ada yang first period seawal darjah 3, namun ada juga first period bila darjah 6. Bagi sy ia normal. Jangan risau ye ibu-ibu.. Sy dalam proses nak tunggu anak bercakap pula. Hari-hari sy bersembang dengan dia, dengan harapan dia balas kata-kata sy. Hahaha.. 

No comments:

Post a Comment