sharing is caring

Sunday, November 13, 2011

MAJLIS PERTUNANGAN

Lama sungguh tak update. Dulu masa mula2 lahirkan blog ni, hajatnya nak update setiap minggu. Tapi sekarang dah jauh menyimpang dari apa yang dihajatkan. 10 September 2011 yang lepas, saya selamat menjadi tunang kepada en.hazman. Majlis kecil2an saja. 
Pakai baju serba hitam [ops,bukan berkabung ye]. Made in Vietnam. Thanks mama sebab hadiahkan baju ni. Mama beli masa ke Vietnam. Kos RM50. Baju en.tunang pulak baju raya. Memang saja beli baju warna hitam biar sedondon. Tudung pulak tudung Siti. Kos RM45+inner RM5 jadilah RM100 kos pakaian saya. Haa jimat tak?

Ini hasil make up dari sepupu saya punya sepupu. Setakat ni saya amat berpuas hati dengan sentuhan dia. Fotografi pula hasil tangan abang ipar saya. Memang save bajet sebab semuanya family yang tolong. Hantaran pula tak ada yang menarik. Semua yang simple2 adat orang bertunang. Tidaklah grand macam kahwin..
Sedikit jamuan untuk pihak lelaki-air tangan mak saya :)

Tarikh bersanding kami sepakat ambil seminggu sebelum cuti pertengahan tahun 2012 iaitu 19 Mei 2012. Semoga semuanya berjalan lancar. Amin..:)

1 comment: