sharing is caring

Sunday, November 13, 2011

MAJLIS PERTUNANGAN

Lama sungguh tak update. Dulu masa mula2 lahirkan blog ni, hajatnya nak update setiap minggu. Tapi sekarang dah jauh menyimpang dari apa yang dihajatkan. 10 September 2011 yang lepas, saya selamat menjadi tunang kepada en.hazman. Majlis kecil2an saja. 
Pakai baju serba hitam [ops,bukan berkabung ye]. Made in Vietnam. Thanks mama sebab hadiahkan baju ni. Mama beli masa ke Vietnam. Kos RM50. Baju en.tunang pulak baju raya. Memang saja beli baju warna hitam biar sedondon. Tudung pulak tudung Siti. Kos RM45+inner RM5 jadilah RM100 kos pakaian saya. Haa jimat tak?

Ini hasil make up dari sepupu saya punya sepupu. Setakat ni saya amat berpuas hati dengan sentuhan dia. Fotografi pula hasil tangan abang ipar saya. Memang save bajet sebab semuanya family yang tolong. Hantaran pula tak ada yang menarik. Semua yang simple2 adat orang bertunang. Tidaklah grand macam kahwin..
Sedikit jamuan untuk pihak lelaki-air tangan mak saya :)

Tarikh bersanding kami sepakat ambil seminggu sebelum cuti pertengahan tahun 2012 iaitu 19 Mei 2012. Semoga semuanya berjalan lancar. Amin..:)

Monday, June 13, 2011

THANK Q PAVILION

Minggu lepas, sesi lawatan sambil belajar mencari barang-barang pertunangan & perkahwinan. Memulakan perjalan ke Jabatan Imigresen Damansara untuk membuat pasport akak. Kami bercadang untuk ke Bandung, Indonesia akhir tahun ini untuk mencari barang2 perkahwinan sebab dengarnya barang2 seperti gift, bunga telur, kain2 teramat2 la murah disana. Hati kami pun melonjak2 nak pergi borong..! Hahaha :)

Selesai urusan pasport, kami ke Nilai 3. Menuju ke kedai Thank Q Pavilion sebab menurut kawan akan yang dah survey kedai2 di sana, kedai Thank Q Pavilion itu tersangat la murah [katanya]. Jom tengok pic yang sempat dirakam.
Dalam bakul ini, yang warna kuning tu kertas yang dipotong panjang2. Kertas ni macam bukan kertas A4 sebab dia lembut. Nampak cantik kan? Kat kedai ini, ada jual kertas2 ni yang dah siap proses untuk letak dalam bakul. 1 paket RM10. Dan 1 paket boleh isi dalam 1 bakul kalau saiznya macam ni..

Ini pula contoh hantaran yang dah siap tema hitam putih. Memang sangat cantik! Alas dulang warna kelabu. Gabus dibalut dengan kain putih ada macam corak2 kelabu. Tak tahu apa orang panggil. Hahaha.. Hiaskan pula dengan bunga warna hitam. Memang kelas!!

Ini pula contoh hantaran tema hijau hitam. Masih menggunakan bakul. Dilapik dengan 2 keping gabus. Dihiasi dengan warna putih krim. Gabus tu pulak yang atas [agak besar] harganya RM5.60 dan yang bawah [kecil sikit] harganya RM3.50 setiap satu. Kain yang buat balut gabus pulak 1 meter tak pasti tapi saya beli 1 roll [10kaki] RM45. 1 roll tu boleh balut 9 gabus besar dan 9 gabus kecil.

Bakul ini pulak harganya RM7.90. Tapi akak saya cakap, kat Chow Kit bakul yang betul2 sama RM7 aje. Beli banyak ada less lagi. Tapi di Thank Q Pavilion ni, beli 10 ke, 20 ke harga sama aje. Memang bakul ni agak mahal tapi biasalah pergi mana2 kedai, mana ada yang semuanya murah kan? Kenalah pandai memilih :)

Barang2 dalam contoh hantaran yang dah siap, semua ada dijual kat kedai ni. Dan yang tak termasuk dalam gambar, kedai ni juga jual bunga2, reben, dulang hantaran, bakul2 yang unik dan banyak lagi la. Senang kata apa yang dijual kat kedai2 kawin lain, kat sini pun ada cuma harganya lain la. Dan agak best kat sini, kalau apa yang anda nak cari tak ada di kedai Thank Q Pavilion, depan kedai ni ada banyak lagi kedai2 pengantin. Kiranya anda tak payah pergi jauh la.. Tapi saya tak sempat masuk so takleh la nak cerita. Lawatan ni tamat jam 7 malam.. Fuhh penat!!!

Monday, May 30, 2011

PERKAHWINAN BADRUL&FARIDAH

Baru-baru ini saya berkesempatan pergi ke majlis perkahwinan sahabat ibu saya, Cikgu Faridah yang berkahwin dengan pilihan hatinya, En. Badrul. Bertempat di Felda Villa. Ada beberapa keping gambar yang dapat saya ambil yang mungkin berguna untuk kita sama-sama jadikan contoh.
Dari luar, kelihatan banner gambar kedua mempelai. Nampak sempoi aje gambar ni tapi menarik. Taklah nanti ada tetamu yang salah masuk sebab saya difahamkan di sebelah felda villa ini terdapat 2 lagi dewan yang turut sama ada majlis pada waktu yang sama. Kreatif.
Pelamin ini pula dihiasi dengan bunga hidup. Saya difahamkan sebanyak 750 kuntum bunga hidup diperlukan untuk menghiasi pelamin ini. Dan apabila kita berdiri di pelamin, semerbak bau bunga menusuk hidung. Rasa segar duduk di pelamin. Mungkin memberi keselesaan lebih kepada pengantin. Turut disediakan kipas di kedua belah kiri dan kanan. Tidaklah berpeluh2 pengantin mahupun pengapitnya.

Sebaik sahaja pengantin duduk di pelamin, kebiasaannya pengantin dihiburkan dengan silat tapi buat pengantin ini, mereka memilih untuk dihiburkan dengan tarian. Saya difahamkan murid yang menari ini mendapat tempat pertama pertandingan di Istanbul. Sempat juga merisik berapa bayaran untuk murid2 ini. Hanya RM20 setiap orang dan ada 8 orang murid terlibat. Tidaklah mahal tetapi memberikan kelainan. Mereka memberikan persembahan 2 lagu.

Door gift pula, saya dapat bunga sabun. Buat tetamu cilik, mereka diberi coklat yang dicucuk ala-ala lolipop. Oh lupa pula, tema majlis ini, semua bunga hidup. Di setiap meja ada 3 kuntum bunga hidup. Semoga bahagia kepada kedua pengantin.

Monday, May 23, 2011

CINCIN UNTUK TUNANG

Merancang untuk bertunang 10 September 2011. Insya'Allah. Persiapan belum buat apa-apa lagi. Cuma excited kunjungi blog-blog pertunangan / perkahwinan. Bukan apa, boleh ambil idea barang hantaran dan gubahan sebab impian I untuk buat sendiri semuanya [actually bukan 100% sendiri, mintak bantuan my lovely sister]. Hahaha. 

Ceritanya last 4 weeks agaknya, pergi jalan-jalan ke Mid Valley. Nampak la kedai Habib Jewels. Saja gatal mulut ajak my future husband [mr.man] masuk Habib. Tengok-tengok aje.. Time tu pulak pesta berlian. Offer 50%. Terbekenan kat cincin ini. sebenarnya dah lama suka masa tengok dalam Metro. Hahaha.. And the best part, mr.man kata "kita beli sekarang". Wah apa lagi? Senyum sampai telinga la jawabnya!

Ni dia.. Cantik tak? Ops sorry, harga rahsia. Dan sorry lagi sebab I tak ada camera canggih mcm DSLR tu untuk ambik pic cantik  :P

To my lovely sister, sorry tak kasi U tengok cincin ni. Just tengok dalam blog ok? Bukan apa, kalau U dah belek-belek cincin ni, tak excited la U nak tengok time bertunang nanti.. Kan kan kan?

I memang sayang-you!