sharing is caring

Tuesday, July 1, 2014

MENU ANAK UMUR 6BULAN

Assalamualaikum..
Lupa nak share pasal menu anak 6bulan. Maklumlah kena tulis yang back dated. Inilah kalau dah lama sangat tak update!

Anak saya start lahir sampai 6 bulan, fully bf. Start 6 bulan, saya start kasi air kosong. Pastu kasi juga bubur. Saya masak bubur tanpa garam sampai umur dia setahun. Bubur pula gilir-gilirkan. Kadang-kadang bubur lobak merah, kadang-kadang bubur bilis, kadang-kadang bubur ayam. Bubur yang paling kerap saya bagi, bubur ikan! Maklumlah orang kata kalau nak anak tinggi, kasi makan ikan. Kebetulan anak saya suka sangat bila masakkan bubur ikan. Bila umur setahun, anak saya tolak makanan takde garam. Jadi saya mula letakkan garam dalam makanan dia tapi sikit sahaja. Biar rasa-rasa gitu aje. Alhamdulillah anak terima. Tapi sekejap ajelah. Setahun lebih sikit, dia langsung taknak bubur. Jadi dia makan apa yang saya makan. Makan nasi berlauk cuma tak pedas. Tapi yg hairannya, hari tu salah suap ayam. Suap kfc yg spicy, dia makan ok aje. Mungkin anak sy nk tahan pedas.... Hehehe sekian.

Monday, June 30, 2014

ANAK LAMBAT BERJALAN?

Assalamualaikum..
Anak saya baru berusia setahun 5 bulan. Mula pandai berjalan pada usia setahun 3 bulan. Agak lewat berbanding rakan sebayanya. Tapi jangan risau jika anak lambat berjalan. Sebab bila dia pandai aje berjalan, takde tatih-tatih dah. Terus laju berlari. Penat nak mengejarnya. Sy tak tahu la kalau ada petua utk anak cepat jalan. Ada org siap suruh bawa anak pegi berurut kat tapak kaki. Kononnya lepas berurut, gerenti boleh jalan. Tapi sy tak percaya. Bagi sy, biarlah proses pembesaran anak berjalan dengan sendiri, jangan dipaksa-paksa. Begitu juga dengan gigi. Ada ibu yang risau anak 8bulan belum ada gigi sedangkan anak kawannya 6bulan dah tumbuh gigi. Pada sy la, setiap orang akan lalui proses pembesaran yang berbeza. Ada yang cepat, ada yang lambat. Macam remaja perempuan yang period. Ada yang first period seawal darjah 3, namun ada juga first period bila darjah 6. Bagi sy ia normal. Jangan risau ye ibu-ibu.. Sy dalam proses nak tunggu anak bercakap pula. Hari-hari sy bersembang dengan dia, dengan harapan dia balas kata-kata sy. Hahaha.. 

Saturday, June 28, 2014

SAAT BERPANTANG

Assalamualaikum..
Hari ni nak share pasal masa berpantang. Sy bersalin normal. Jadi berpantang macam ibu-ibu lain juga. Sy darah jenis O. Masa pregnant, doc KKIA dah mention ibu kalau darah jenis O, biasanya baby akan jaundice. Doc cakap, kalau anak jaundice tak boleh makan jamu. Itulah titik permulaan sy kenal shaklee. Shaklee boleh makan walaupun anak ada jaundice. Dan ye betul, anak saya jaundice. Tapi tak lama. Seminggu je rasanya. Sy kasi bf kerap. Sejam sekali mesti kejut dia. Pastu setiap pagi, mak mertua jemur anak kat matahari pagi. Alhamdulillah menjadi. Sy amalkan set bersalin shaklee. Takde sapu pilis ke param ke.. Semua yg sy amalkan untuk kesihatan dalaman. Hari ke 15 berpantang baru berurut. Makanan dalam pantang pula, seminggu pertama ikan rebus dan ikan bakar dan sayur sahaja. Minggu kedua baru makan sup ayam. Minggu ketiga dah mula makan makanan bersantan. Tq kepada mama sy sebab masak yg sedap2. Hehehe itu aje la nak share hari ni. So kepada ibu-ibu kat luar sana, bukan nak kata jamu tak elok tapi kalau shaklee, memang terjamin keselamatannya disamping bebas dari bau-bauan yg meloyakan. Dan sy dah jadi wakil pengedar sah shaklee. Berminat boleh contact sy ye..


Hajar
011-2114 9325
Fb: hajarhamzah

UPDATE!

Lamanya tak update kan..
Sy selamat mendirikan rumahtangga pada 20mei2012. Pada 26feb2013 pula sy selamat melahirkan bayi lelaki secara normal. Pengalaman melahirkan bayi sangatlah seronok. Alhamdulillah dipermudahkan. Hari due tu, keluar darah ngam2 sebelum mkn mlm. Sy teruskan mkn smpai kenyang. Pastu blk rumah dan mandi. Kira2 pukul 8 mlm baru pg hospital ampang dan register masuk wad. Pukul 5.30 pagi dh masuk labour room dan pukul 5.59 pagi, lahirlah seorang bayi lelaki yg dinamakan Ahmad Hanif. Rasa seronok tak perlu lama2 dlm labour room.. Cuma rasa terkilan. Sy selesai melahirkan bayi jam 5.59 pagi. Selesai dijahit jam 6.15 pagi. Kemudian sy dibiarkan begitu sahaja hingga jam 8 pagi, hingga petugas disitu bertukar shif. Shif seterusnya terkejut melihat sy belum ditolak masuk wad, masih terbaring di labour room walaupun semua dah selesai. Berkali2 mereka minta maaf atas kekhilafan teman setugas mereka yg bekerja shif malam. Memang sy terkilan. Tapi melihat anak saya sihat dan normal, semua tu dah tak penting lagi. Serik bersalin di hospital ampang? Entahlah. Mungkin nasib tak menyebelahi sy. Kini anak sy berusia setahun 5 bulan. Dah pandai berlari tapi belum pandai bercakap..