sharing is caring

Monday, June 13, 2011

THANK Q PAVILION

Minggu lepas, sesi lawatan sambil belajar mencari barang-barang pertunangan & perkahwinan. Memulakan perjalan ke Jabatan Imigresen Damansara untuk membuat pasport akak. Kami bercadang untuk ke Bandung, Indonesia akhir tahun ini untuk mencari barang2 perkahwinan sebab dengarnya barang2 seperti gift, bunga telur, kain2 teramat2 la murah disana. Hati kami pun melonjak2 nak pergi borong..! Hahaha :)

Selesai urusan pasport, kami ke Nilai 3. Menuju ke kedai Thank Q Pavilion sebab menurut kawan akan yang dah survey kedai2 di sana, kedai Thank Q Pavilion itu tersangat la murah [katanya]. Jom tengok pic yang sempat dirakam.
Dalam bakul ini, yang warna kuning tu kertas yang dipotong panjang2. Kertas ni macam bukan kertas A4 sebab dia lembut. Nampak cantik kan? Kat kedai ini, ada jual kertas2 ni yang dah siap proses untuk letak dalam bakul. 1 paket RM10. Dan 1 paket boleh isi dalam 1 bakul kalau saiznya macam ni..

Ini pula contoh hantaran yang dah siap tema hitam putih. Memang sangat cantik! Alas dulang warna kelabu. Gabus dibalut dengan kain putih ada macam corak2 kelabu. Tak tahu apa orang panggil. Hahaha.. Hiaskan pula dengan bunga warna hitam. Memang kelas!!

Ini pula contoh hantaran tema hijau hitam. Masih menggunakan bakul. Dilapik dengan 2 keping gabus. Dihiasi dengan warna putih krim. Gabus tu pulak yang atas [agak besar] harganya RM5.60 dan yang bawah [kecil sikit] harganya RM3.50 setiap satu. Kain yang buat balut gabus pulak 1 meter tak pasti tapi saya beli 1 roll [10kaki] RM45. 1 roll tu boleh balut 9 gabus besar dan 9 gabus kecil.

Bakul ini pulak harganya RM7.90. Tapi akak saya cakap, kat Chow Kit bakul yang betul2 sama RM7 aje. Beli banyak ada less lagi. Tapi di Thank Q Pavilion ni, beli 10 ke, 20 ke harga sama aje. Memang bakul ni agak mahal tapi biasalah pergi mana2 kedai, mana ada yang semuanya murah kan? Kenalah pandai memilih :)

Barang2 dalam contoh hantaran yang dah siap, semua ada dijual kat kedai ni. Dan yang tak termasuk dalam gambar, kedai ni juga jual bunga2, reben, dulang hantaran, bakul2 yang unik dan banyak lagi la. Senang kata apa yang dijual kat kedai2 kawin lain, kat sini pun ada cuma harganya lain la. Dan agak best kat sini, kalau apa yang anda nak cari tak ada di kedai Thank Q Pavilion, depan kedai ni ada banyak lagi kedai2 pengantin. Kiranya anda tak payah pergi jauh la.. Tapi saya tak sempat masuk so takleh la nak cerita. Lawatan ni tamat jam 7 malam.. Fuhh penat!!!

No comments:

Post a Comment