sharing is caring

Monday, May 30, 2011

PERKAHWINAN BADRUL&FARIDAH

Baru-baru ini saya berkesempatan pergi ke majlis perkahwinan sahabat ibu saya, Cikgu Faridah yang berkahwin dengan pilihan hatinya, En. Badrul. Bertempat di Felda Villa. Ada beberapa keping gambar yang dapat saya ambil yang mungkin berguna untuk kita sama-sama jadikan contoh.
Dari luar, kelihatan banner gambar kedua mempelai. Nampak sempoi aje gambar ni tapi menarik. Taklah nanti ada tetamu yang salah masuk sebab saya difahamkan di sebelah felda villa ini terdapat 2 lagi dewan yang turut sama ada majlis pada waktu yang sama. Kreatif.
Pelamin ini pula dihiasi dengan bunga hidup. Saya difahamkan sebanyak 750 kuntum bunga hidup diperlukan untuk menghiasi pelamin ini. Dan apabila kita berdiri di pelamin, semerbak bau bunga menusuk hidung. Rasa segar duduk di pelamin. Mungkin memberi keselesaan lebih kepada pengantin. Turut disediakan kipas di kedua belah kiri dan kanan. Tidaklah berpeluh2 pengantin mahupun pengapitnya.

Sebaik sahaja pengantin duduk di pelamin, kebiasaannya pengantin dihiburkan dengan silat tapi buat pengantin ini, mereka memilih untuk dihiburkan dengan tarian. Saya difahamkan murid yang menari ini mendapat tempat pertama pertandingan di Istanbul. Sempat juga merisik berapa bayaran untuk murid2 ini. Hanya RM20 setiap orang dan ada 8 orang murid terlibat. Tidaklah mahal tetapi memberikan kelainan. Mereka memberikan persembahan 2 lagu.

Door gift pula, saya dapat bunga sabun. Buat tetamu cilik, mereka diberi coklat yang dicucuk ala-ala lolipop. Oh lupa pula, tema majlis ini, semua bunga hidup. Di setiap meja ada 3 kuntum bunga hidup. Semoga bahagia kepada kedua pengantin.

No comments:

Post a Comment